BENCANA HAKISAN TANAH- 20 APRIL 2008 GALERI DAN VIDEO

Bencana alam hakisan tanah- 
20 April 2008
10 kenderaan nyaris hanyut


Panchor adalah sebuah pekan kecil di dalam negeri Johor, terletak di dalam daerah Muar di sebelah Sungai Muar. Lokasinya kira-kira 30 kilometer dari bandar Muar.

Bencana Alam Banjir telah melanda Pekan Panchor pada tahun 1971, 2006 dan 2011..Di samping itu Panchor juga telah mengalami Bencana Kebakaran pada 26.03.2009. Panchor juga telah mengalami hakisan tanah pada 20 Apr 2008. Ini kali kedua kejadian tanah runtuh berlaku di situ selepas kejadian pertama pada 1980-an.

Seperti ditelan bumi. Itulah gambaran yang terjadi apabila berlaku kejadian tanah jerlus sepanjang kira-kira 100 meter di sekitar pasar malam di Pekan Panchor, kira-kira jam 6.30 petang. Ahad, 20 Apr 2008., Ketika kejadian, penduduk sedang sibuk mengunjungi pasar malam  di Jalan Abdullah yang terletak di sepanjang tebing sungai tersebut ketika kejadian berlaku. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku. Suasana menjadi kelam kabut apabila lebih 500 pengunjung dan peniaga pasar malam bertempiaran menyelamatkan diri sambil menjerit. Tiada sebarang kecederaan atau kematian berlaku kerana peniaga dan pengunjung pasar malam itu sempat menyelamatkan diri.

Kejadian tersebut berlaku sebanyak 2 kali iaitu yang kecil berlaku pada jam 6:15 petang, dan yang besar berlaku setengah jam kemudian. Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku akibat mendapan tanah di tebing Sungai Panchor yang tidak kuat strukturnya. Sembilan kenderaan iaitu lima van, sebuah lori dan tiga kereta terperangkap dalam kejadian itu tergelongsor ke arah sungai dan tanahnya pula mendap hampir lima meter .